Followers

Thursday, September 27, 2018

50 gram emas kini boleh dimiliki dalam 10 bulan




Cantik kan? Emas keluaran Public Gold-Bunga Mas Series.

Kini anda boleh miliki 50gram emas ini dengan bayaran ansuran selama 10 bulan. Menarik bukan?
Dengan bajet di bawah 1K sebulan anda boleh memilikinya.

Di bawah ini saya berikan contoh bayaran dalam tempoh bulan.




Soalan popular berkenaan dengan ansuran bulanan (Easy Payment) Public Gold:

1Adakah ianya patuh shariah? 


Ya ianya telah disahkan patuh shariah oleh panel Amanie Advisor. Akad sempurna apabila serahan emas di cawangan Public Gold kepada customer. Selagi mana emas belum di ambil / habis bayar wang yang dibayar masih di anggap sebagai ‘security deposit’. 
Ciri-ciri ‘security deposit’ adalah jika pembeli berhasrat untuk cancel belian, dia masih boleh dapat wang tunai yang telah dibayar (selepas ditolak amaun penalti).

2. Adakah jumlah bayaran saya sama seperti dalam jadual andaikata harga emas naik tinggi kemudian?
Ya! Jumlah yang perlu dibayar adalah kekal sepertimana dicatatkan dalam invoice yang diterima walaupun berlaku kenaikan harga emas mendadak dalam tempoh bayaran.

3. Bolehkah bayaran di selesaikan lebih awal dari tempoh?
Ya boleh! Anda boleh selesaikan baki bayaran lebih awal dari jadual yang sepatutnya. Lebih awal bayar, lebih cepat dapat emas dalam tangan.

4. Anda berminat untuk beli emas 50 gram, apa maklumat yang diperlukan?


  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • E-mail Address
  • No Telefon
  • Branch Public Gold terdekat pilihan anda

Hantarkan maklumat ini ke whatsapp saya, tekan link ini.

  • Invoice Public Gold akan dihantar ke email anda sebentar kemudian.
  • Buat pembayaran pertama dalam tempoh 24 jam selepas anda menerima invoice tersebut.


Active & Authorized Dealer, 
FATIMAH ABDUL RAZAK 
[PG00104628] 012-9675730
Public Gold - Ultimate Wealth Protector

Friday, July 20, 2018

LBMA Gold Bar 100g - Cast Bar & Minted Bar


TENTANG MINTED BAR & CAST BAR





Public Gold mengeluarkan 2 jenis gold bar 100 gram LBMA, iaitu berbentuk 'cast bar' dan 'minted bar'. 

Berikut saya senaraikan ciri-ciri kedua-duanya; 




Dari segi kadar spread bagi kedua-dua jenis gold bar, Public Gold akan membelinya pada kadar 7%. Bagi 'minted bar' yang telah dibuka sealnya kadar spread menjadi 10%. 

Walaupun begitu, kadar spread 10% itu masih rendah berbanding kadar spread gold bar di kedai emas lain iaitu sebanyak 13%-15% walaupun sarung plastik tidak dibuka.

Untuk rujukan lanjut tentang senarai Arrahnu yang disebut di atas anda boleh klik di link di bawah ini;

Diharap agar artikel ini memberi info kepada anda tentang pemilihan untuk belian gold bar anda selepas ini, dalam artikel berikutnya saya akan berkongsi info tentang perbezaan pajakan emas antara  'cast bar' &'minted bar'. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pembelian gold bar keluaran Public Gold anda boleh hubungi saya secara terus seperti no tertera di bawah ini, 


Active & Authorized Dealer, 
FATIMAH ABDUL RAZAK 
[PG00104628] 012-9675730
Public Gold - Ultimate Wealth Protector

Thursday, July 12, 2018

GOLD CARD HOLDER


Gold Card Holder
Salah satu cara 'Pengurusan Simpan Emas' 

Setiap satu card holder boleh menyimpan 12 keping gold bar anda! 

Setiap kali anda beli emas, anda boleh simpan koleksi emas anda dlm ni.

Setiap kali tengok ada lagi ruang kosong, akan timbul rasa semangat nak isi supaya penuh. 😉Katakan sebulan anda beli 1gram emas fizikal, dlm setahun sudah terkumpul 12 gram & secara automatik penuh lah card holder anda ya!!

Tambahan pula, koleksi gold bar keluaran Public Gold dengan kepelbagaian tema yang sudah pasti menarik minat anda!👰🏻🤵🏼😺🐤🌴💮💙💗🎁👑(Post seterusnya sy akan share pelbagai koleksi gold bar keluaran Public Gold)

Ini yang dikatakan 'magnet emas' nature simpan emas, kita akan jaga baik-baik, simpan baik-baik! 👍👍
Berbeza dengan nature ada duit, duit pasti nak dibelanjakan.✌🏼

Jadi, tunggu apa lagi??🤔
Buka GAP sekarang! 


Active & Authorized Dealer, 
FATIMAH ABDUL RAZAK 
[PG00104628] 012-9675730
Public Gold - Ultimate Wealth Protector

Tuesday, May 15, 2018

Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) - Edisi Raya

Pemberian duit raya a.k.a angpau memang sinonim di kalangan kanak-kanak. Sudah menjadi kebiasaannya, duit raya yang terkumpul akan di serahkan kepada ibubapa untuk dimasukkan ke dalam bank atau pun tak kurang juga yang membelanjakan sebahagian daripada jumlah duit raya yang terkumpul.

Tabiat menyimpan yang diamalkan tersebut adalah amalan yang amat baik. Ini kerana ia dapat memupuk semangat beringat & berjimat. 

Di Public Gold, pemberian raya dalam bentuk emas bukanlah perkara baru.
Bermula dengan edisi raya pertama pada tahun 2015, diikuti tahun 2016 dan 2017. Namun bilangan setiap gold bar edisi raya 2015, 2016 & 2017 dihadkan pengeluarannya sehingga ke 10,000 ke 18, 000 keping sahaja. 
Ia tidak dikeluarkan oleh Public Gold lagi. Justeru ia sudah menjadi 'rare item'. 


Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) - Raya 2015

Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) - Raya 2016

Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) - Raya 2017


Pada tahun 2018, edisi raya anda sudah boleh didapati di mana-mana cawangan Public Gold berhampiran anda. 'Salam Aidilfitri 1439H'

Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) - Raya 2018

  ~LBMA gold bar 1gm raya 2018~  🌸🌸
duit raya yang pastinya tak terusik... 
duit raya yang tak susut nilai, 
duit raya yang kalis inflasi 
duit raya yang boleh dijadikan koleksi 
semestinya dalam bentuk gold bar..


ini baru betul koleksi 'duit raye' 😉



Walaupun anda terlepas edisi 2015, 2016 dan 2017, anda masih belum terlambat. 
anda boleh bermula tahun ni, edisi raya 2018 available now!

Active & Authorized Dealer, 
FATIMAH ABDUL RAZAK 
[PG00104628] 012-9675730
Public Gold - Ultimate Wealth Protector

Monday, March 19, 2018

Amalkan Tabiat 'Asing dan Simpan Dahulu Sebelum Berbelanja'



Sejak kecil ibubapa sudah mendidik agar simpan baki duit belanja sekolah dalam tabung.

Menyimpan sepatutnya bermula seawal usia lagi.
Masihkah kita ingat hari pertama kita bersekolah pada tahun satu?
Ibu kita berpesan supaya simpan duit perbelanjaan sekolah ke dalam tabung.
Walaupun duit belanja sekolah untuk belanja ketika berehat dikantin tetapi ibu berpesan supaya berjimat cermat.
Ada ibubapa sediakan bekal seperti roti dan air minuman selain ditambah duit poket.

Pakar kewangan menasihatkan simpan 10% hingga 30% daripada gaji bulanan anda.

Menurut penasihat pakar kewangan supaya simpan 10 % hingga ke 30 %daripada sumber pendapatan setiap bulan untuk simpanan.
Orang muda mudah terbabas didalam menguruskan perbelanjaan kerana mengikut nafsu berbelanja diluar kemampuan.
Kegagalan mengurus wang peribadi adalah satu faktor menyumbang sukar hendak menabung konsisten pada usia muda.
Mudahnya untuk berbelanja menyebabkan wang mudah bertukar tangan dengan perkhidmatan perbankan diatas talian.

Amalkan tabiat SIMPAN DAHULU DAN BAKI BARU BELANJA.



Ini nasihat yang disampaikan oleh Warren Buffet orang terkaya didunia(nilai bersih 88.8 bilion USD seperti dilaporkan oleh oleh Forbes pada 2018) agar simpan dahulu dan baki barulah belanja.
Biasa yang terjadi adalah belanja dahulu dan ada baki baru simpan. Kalau tidak berbaki sudah tentu tidak ada simpanan untuk bulan tersebut.
Ada beberapa teknik yang boleh diamalkan seperti teknik snow ball, wujudkan tabung khas dengan mengunakan sampul yang dilabel, simpan duit hijau dan bermacam lagi teknik simpanan.
Bagi mengubah tabiat supaya menabung adalah mengamalkan mengasingkan duit gaji untuk simpanan dan baki baru belanja dengan mengasingkan 10 hingga ke 30 peratus.
Boleh tetapkan matlamat menyimpan supaya mempunyai alasan yang kukuh untuk menyimpan.
Biasanya simpanan tanpa matlamat akan terkandas sekerat jalan kerana tidak rasa perlu ada tabung simpanan sebab masih muda dan tunggu selepas kenaikan gaji, bila berkeluarga atau alasan lain baru nak menyimpan.

Ini sangat bahaya.

Simpanan emas untuk orang muda menggalakkan tabiat menyimpan.

Ramai golongan muda tidak menyedari simpanan didalam bentuk emas.
Kalau sebelum ini menyangka emas terlalu mahal untuk dibeli. Sebenarnya boleh bermula simpanan dengan RM100 atau segram emas dengan menukar duit kepada emas.
Bagi yang ingin menyimpan emas adalah fokus simpanan dalam bentuk gram setiap bulan dengan mengamalkan 1gram sebulan.

Amal simpan 1gram emas setiap bulan secara konsisten.

Misalnya mula menyimpan emas 1gram pada bulan Januari dan pada akhir bulan Disember sudah mempunyai emas terkumpul sebanyak 12gram.
Kalau ambil kira 1 gram emas Public Gold berharga RM250 dengan 12gram emas terkumpul sebanyak RM3,000.
Mungkin berpendapat adalah lebih baik simpan duit didalam bank tetapi lihat sudut positif tukar duit kepada simpanan emas adalah melatih diri menyimpan.
Tentu rasa gembira.

Emas sentiasa menang untuk melawan nafsu boros.

Bila simpan duit didalam bentuk emas lambat sedikit nak tukar kepada duit kerana rasa sayang nak jual emas yang setelah penat dikumpul.
Kita sedia tahu emas adalah sesuatu yang berharga. Bila kita dibandingkan emas dengan perkara yang hendak dibeli dan biasanya emas akan menang.
Secara tak langsung akan menutup nafsu boros.

Sudah terbuka hati untuk menyimpan emas?
***************************************************************
Jom mula menyimpan hari ini! Mulakan sekarang!
Cara-cara memiliki AKAUN GAP anda
Cara-cara membuka AKAUN GAP untuk anak anda!

Untuk sebarang pertanyaan & untuk maklumat lanjut sila hubungi saya, 

Authorized Dealer Public Gold Anda,

FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK    I    PG00104628     I     0129675730





Wednesday, January 17, 2018

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Muqaddimah).

Susulan dari tularnya video Saudara Yusof Azmi (PPIM) yang mendakwa urusniaga jual beli emas adalah menipu kerana ada susutnilai, saya menerima banyak pertanyaan daripada kenalan di FB dan Whatsapp.
InysaAllah, saya akan cuba untuk menjawab persoalan ini dengan cara yang sebaik mungkin.

Memandangkan persoalan susutnilai ini perlu diteliti dari pelbagai sudut, maka penerangan akan menjadi sedikit panjang. Jadi saya akan memecahkannya kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua dan selamat membaca ***
*****

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 1).
Situasi 1.
Pada hari yang sama, waktu yang sama, Encik A telah membeli gold bar 10 gram dengan harga RM1,867 daripada kedai emas X.
Selesai urusniaga, Encik A telah membuat keputusan untuk menjual kembali gold bar 10 gram tadi kepada kedai emas X pada harga RM1,699.
Perbezaan harga adalah sebanyak RM168 atau 9%.
Situasi 2.
Pada hari yang sama, waktu yang sama, Encik B membeli sebuah kereta berjenama Y berharga RM50,000 di sebuah kedai kereta.
Setelah selesai urusniaga, Encik B membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut dan menukarnya dengan sebuah kereta lain yang lebih canggih. Harga yang sanggup diambil oleh kedai kereta tersebut ialah RM45,000.
Perbezaan harga adalah sebanyak RM5,000 atau 10%.
Adakah 2 situasi di atas adalah sama? Jika sama, di manakah persamaanya?
Jika tidak sama, apakah faktor yang menjadikannya tidak sama?
Apabila semua ini terjawab, maka ia boleh merungkai persoalan susutnilai dengan lebih mudah lagi.

******
BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 2).
Kenapa bila kita beli sebuah kereta berjenama X, dan apabila tiba masanya untuk menjual kembali, harganya akan berkurangan?
Situasi ini disebabkan oleh faktor masa dan kondisi kereta tersebut. Walaupun ianya sama - seolah-olah - kondisinya seperti ketika ianya dibeli, pada hakikatnya ia adalah kereta yang terpakai.
Faktor masa dan usia kereta akan turut mempengaruhi nilai kereta tersebut.
Harga setelah ianya digunakan hanya akan menuju kepada penurunan dan ia bergerak secara sehala.
Hampir mustahil sebuah kereta terpakai boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dari harga sebuah kereta baru.
Ini kita namakan susutnilai.

*******
BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 3).
Pernahkah anda menukar wang RM kepada matawang asing di money changer?
Jika anda ingin menukar wang RM kepada 1 USD, anda akan membayar - sebagai contoh - RM4.
Jika pada waktu yang sama anda ingin menukar kembali USD1 tadi kepada wang RM, tidak mungkin anda akan mendapat kembali wang RM4 anda tadi.
Anda mungkin hanya mendapat RM3.50 sahaja.
Adakah "susutnilai" ini satu penipuan?
Ini kita panggil margin keuntungan yang telah ditetapkan oleh peniaga jika ada pembeli yang mahu berurusniaga.
Jika anda faham bagaimana kadar tukaran wang asing berfungsi, maka anda akan lebih memahami bagaimana harga emas bekerja.
Ia adalah satu kerangka yang sudah disepakati dan diterima oleh majoriti peniaga dan pembeli emas. Memang begitulah ianya dijalankan bagi memberi kelebihan kepada penjual emas dari sudut keuntungan.
(Tapi, risiko kerugian juga boleh berlaku kepada peniaga emas dalam keadaan-keadaan tertentu).
Kalau berniaga tak untung, buat apa nak berniaga kan?
Cuma, yang perlu kita ketahui seterusnya, walaupun di sana ada margin keuntungan, harga belian dan harga jualan tidak kekal statik pada satu tempat.
Ia mungkin naik meroket, mungkin statik tidak bergerak dan mungkin turun menjunam, bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan seterusnya menghasilkan harga semasa emas dunia.

*******************
BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 4).
Setelah kita tahu bahawa perbezaan harga apabila kita membeli dan menjual itu adalah margin keuntungan bagi penjual emas, kita juga perlu tahu bahawa harga emas sentiasa bergerak pada setiap masa.
Ia boleh jadi naik, tetap dan turun.
Besar atau kecil perbezaan harga ini adalah perlambangan sekejap atau lama masa menunggu anda untuk mula menjual emas yang dibeli.
Sebagai contoh, untuk gold bar 10 gram, anda memerlukan kenaikan harga 9% untuk anda mendapat balik harga yang sama ketika anda membelinya dahulu.
Perlu diingat, apabila harga belian meningkat, harga jualan juga akan turut meningkat. Sedikit demi sedikit perbezaan 9% tadi akan berkurangan.
Inilah yang kita istilahkan sebagai "spread".
~ Jangan lupa untuk cari kedai emas yang sentiasa kemaskini harga emasnya mengikut harga pasaran semasa dunia sekerap mungkin supaya anda dapat menikmati kenaikan dan penurunan harga ~
Saya tidak pasti samada istilah susutnilai masih boleh digunapakai dan membawa makna yang betul atau tidak apabila kenaikan harga sudah melebihi 9%.
Sebagai contoh, apabila harga naik sebanyak 10%, para penyimpan emas sudah boleh mengaut keuntungan sebanyak 1% apabila mula menjual emasnya kembali kepada kedai emas tempat dia membeli emas itu.
Sekarang, mana perginya nilai emas yang dikatakan susut tadi?
Semakin besar item emas, semakin kecil pula spreadnya.
Sebagai contoh, gold bar 1 kilogram memiliki spread hanya 6% (Rujuk gambar). Kenaikan harga emas sebanyak 7% saja sudah cukup untuk si penyimpan emas mendapat keuntungan!
Ini bermakna, ia semakin bagus dari sudut tempoh menunggu dan kebarangkalian untuk mendapat keuntungan apabila harga emas naik.

**************

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 5).
Secara jangka panjang, harga emas sentiasa dalam keadaan menaik.
Sebagai contoh, pada tahun 2000, harga emas di Malaysia ialah sekitar RM30 ke RM40 segram.
Harga tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2017 ialah RM198 segram.
Tidak betul jika kita katakan jual beli emas adalah penipuan dan merugikan kerana ada susutnilai.
Mungkin bagi yang pernah membeli pada tahun 2000 dan hendak menjual emasnya pada tahun yang sama, dia akan mengalami kerugian kerana perbezaan spread.
Tapi, jika emas dibeli pada tahun 2000 dan dijual pada tahun 2017, adakah ia akan mengalami kerugian?
Pengiraan matematik yang mudah boleh membuktikan keuntungan tersebut. Walau setelah ditolak 9% nilai spread sekalipun, ia tetap akan untung.
Sebab itulah kita katakan emas ini jika mahu djadikan alat pelaburan, ia mestilah dalam jumlah yang signifikan dan tempoh yang tidak singkat.
Jika tidak, kita akan rasa tertipu.
Beli segram pagi ini, petang nanti nak terus jual. Memang la rugi!

*******************

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 6).
Lain tempat membeli emas, lain kadar spread (atau susutnilai seperti yang anda suka panggil) yang ditetapkan.
Lain item emasnya (barang kemas, gold bar atau dinar), lain juga kadar spreadnya
Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih kedai manakah yang terbaik, yang menawarkan kadar spread yang paling nipis.
Anda suka, anda beli. Anda tak suka, anda cari kedai lain.
Sebagai contoh, Public Gold menawarkan kadar spread sekitar 6% hingga 9% sahaja, bergantung kepada item emas.
Semakin besar itemnya, semakin nipis kadar spreadnya. Harga per gram juga semakin murah.
Sebab itu apabila anda membeli emas di mana-mana, jangan hanya bertanya tentang harganya. Tetapi tanya juga samada kedai tersebut membeli balik emas tersebut atau tidak dan berapakah kadar spreadnya.

***************************

BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Bahagian 7).
Tempat paling mudah untuk kita menjual balik emas yang kita miliki ialah tempat di mana kita membelinya suatu ketika dahulu.
Tetapi tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang kita dari menjualnya kepada sesiapa pun yang kita sukai.
Jika kita gunakan jadual harga ini sebagai rujukan, kita hanya boleh mendapat RM1,699 jika kita menjual emas tersebut kepada penjual asal.
Tetapi, kita juga boleh mengambil inisiatif (iklankan, promosikan, cari pembeli di pasaran terbuka dll) sendiri dan sedikit usaha untuk menjual pada harga RM1,867.
Ia boleh dilakukan pada hari yang sama dan waktu yang sama sekaligus. Spreadnya adalah 0%!
Jika bernasib baik, kita boleh dapat untung 9% on the spot apabila situasi ini berlaku :
1. Ada orang yang kesuntukan duit mahu menjualkan gold bar 10 gramnya kepada kita untuk tunai segera. Maka kita akan beli pada harga RM1,699.
2. Serentak dengan itu, kita iklankan gold bar tersebut pada harga semasa RM1,867. Apabila ada yang membeli, maka sah-sah untung di tangan kita sebanyak 9%.
Dengan ilmu, untung boleh dijana tanpa perlu menunggu harga emas naik dan kadar susutnilai yang pelbagai.
Yang penting, pemahaman mesti betul.

**************************
BENARKAH EMAS SUSUT NILAINYA? (Penutup).
Jangan beli emas hanya kerana mengharapkan harganya naik. Ini adalah berbentuk spekulasi yang jika tidak kena dengan caranya - sesetengah ulamak - menghukumkannya sebagai haram.
Jika kita beli emas semata-mata kerana pelaburan (buy low sell high), maka kita akan kecewa jika harga tidak naik.
Kita akan makin kecewa apabila terpaksa juga menjual emas tersebut kerana keperluan pada harga yang tidak menguntungkan (termasuk setelah mengambil kira penolakan kadar spread).
Emas mempunyai banyak fungsi. Selain sebagai pelaburan, ia juga boleh bertindak sebagai simpanan, aset, pelindung nilai, insuran, modal pusingan perniagaan dan sebagainya.
Harga emas turun dan naik. Tetapi pada setiap penurunan, biasanya akan ada kenaikan yang signifikan. Jadi jangan dirisaukan sangat tentang turun naik harga tersebut kerana harta kita adalah dalam bentuk emas dan tetap kekal bersama kita.
Duit juga ada turun dan naik. Tetapi bila sudah turun, memang susah untuk naik dan pulih kembali seperti sediakala. Dan kita mesti menelan hakikat pahit ini kerana ia sudah tidak boleh dielakkan.
Sebenarnya - kata Robert Kiyosaki - bukanlah emas atau perak yang menjadikan kita kaya tetapi ILMU tentang emas dan perak itulah yang menjadikan kita kaya.
Justeru itu, jangan berjenti dari mencari ilmu tentang emas dan hubungkaitnya dengan sejarah matawang kertas.
InsyaAllah anda akan tersenyum panjang, dalam jangka waktu yang panjang apabila anda telah dan sedang menyimpan emas sebagai salah satu alat bantu kewangan anda.


*************************************


ISU EMAS OLEH YUSUF AZMI.
Saya telah pun melihat beberapa potong klip video Saudara Yusuf Azmi tentang emas yang tular di media sosial akhir-akhir ini.
Satu niat dan usaha yang murni dari beliau untuk menyedarkan kita semua tentang skim pelaburan emas yang merapu dan berisiko tinggi.
Cuma, berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa perkara yang akan menyebabkan kekeliruan dan mungkin boleh diperbetulkan.
Sebagai contoh, tafsiran dan ilustrasi yang diberikan oleh beliau tentang "program pelaburan emas" adalah terapung di awanan.
Selain itu, jual beli emas biasa yang disifatkan merugikan sebelah pihak juga telah dicampur adukkan dengan isu spread dan susutnilai sehingga disimpulkan sebagai merugikan.
Yang terakhir, beliau hanya melihat emas dalam konteks jual beli yang tidak diteliti dengan lebih halus dan sempurna, sehingga akhirnya ia sekali lagi bercampur gaul antara pelbagai bentuk dan kaedah jual beli emas.
Cadangan saya kepada semua, anda boleh merujuk tentang jual beli emas kepada guru-guru emas sebenar yang ramai terdapat di negara kita.
InsyaAllah segala kemusykilan akan dapat dirungkaikan.

(Artikel ini adalah hasil tulisan Ustaz Khairul Anwar Basri)

Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK    I    PG00104628     I     0129675730


PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...