Followers

Showing posts with label PRODUK PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH. Show all posts
Showing posts with label PRODUK PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

Public Gold-World First Shariah-Compliant




Tahniah Public Gold. Tahniah Amanie Advisor.

Tarikh 11.11.2017 adalah hari bersejarah; dimana pengesahan rasmi pematuhan syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang tokoh Muamalat Islam yang tidak asing di Malaysia dan di peringkat global, Dato' Dr Mohd Daud Bakar.
Ianya satu perkembangan yang positif bagi industri kewangan di Malaysia kerana emas dan perak adalah antara komoditi pelaburan yang ada di Malaysia, tetapi jarang ada syarikat yang berusaha mendapatkan status patuh syariah. Ini kerana industri emas dan perak di Malaysia tidak ada kewajipan berbuat sedemikian.


Tidak ada pematuhan syariah bukanlah bermaksud ianya tidak patuh syariah. Namun dengan adanya pematuhan syariah, ia meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Kini, semua orang boleh mula beli dan simpan emas tanpa ada rasa was-was.
Untuk melihat produk patuh shariah keluaran Public Gold klik di sini.. dan GAP kini patuh shariah.


Berikut saya kongsi kronologinya:
Fasa 1 (16.12.2016): Pengesahan patuh syariah bagi Outright Purchase, Easy Payment Puchase dan Undertaking a Buyback (Belian Biasa, Belian secara ansuran dan belian semula emas oleh Pihak Public Gold dari pelanggan).
Fasa 2 (29.09.2017): Pengesahan patuh syariah bagi Gold & Silver Accumulation Program (Akaun Simpanan Emas & Perak).

*********************
Jarak dan lokasi bukanlah penghalang; kerana dengan kemudahan dan sistem yang disediakan oleh Public Gold, anda semua boleh beli dan simpan aset kecil bernilai tinggi ini.

11.11.17 seminar emas & shariah~ saya bersama speaker Dato Dr. Mohd Daud Bakar





~ saya (di tengah) bersama master dealer Public Gold En. Hafizul Hakim & isteri ketika menghadiri seminar emas & shariah~Alhamdulillah. Banyak ilmu emas yang diperolehi dari seminar ini~


Kredibiliti Public Gold di tahap tertinggi.Tahniah Public Gold! Tahniah kepada penyimpan, pelabur, peniaga & pencinta emas semua~~



Keratan akhbar yang telah membuat liputan tentang Public Gold;

Untuk bacaan lanjut mengenai liputan tersebut anda boleh klik di sinarharian.com.my/ dan di utusan.com.my/

Jenama emas fizikal paling establish di Malaysia adalah Public Gold!




keratan akhbar Utusan Malaysia

Keratan akhbar Sinar Harian




Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK    I    PG00104628     I     0129675730


Produk GAP Kini Patuh Shariah

GAP Public Gold kini patuh syariah.
=========================
Sukacita dimaklumkan, produk GAP Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah.

Produk SAP (Silver Accumulation Program) juga diiktiraf patuh syariah.
Jadi, anda boleh menyimpan emas dan perak dengan tenang kerana produk ini diiktiraf patuh syariah 100%.
Ini adalah usaha Public Gold untuk memastikan anda membeli emas dan perak tanpa was-was.
Untuk melihat sijil patuh syariah, sila tengok gambar.
Alhamdulillah 👍




Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730

Tuesday, October 31, 2017

10 Kelebihan Simpan Emas Dengan Akaun GAP


10 Kelebihan Simpan Emas Dengan Akaun GAP

#1. Minimum bermula serendah 1g atau RM100 sahaja













Contoh: laman web public gold memaparkan maklumat harga berikut (10/10/2017)



Dengan RM100 anda dapat menabung sebanyak 0.5263 gram emas 
manakala,
dengan RM190 anda menabung sebanyak 1 gram emas


#2. Disokong 100% emas fizikal


Tabungan emas anda disokong 100% emas fizikal diiktiraf oleh LBMA dan berketulenan 999.9 @ 24karat

Emas yang mendapat pengiktirafan oleh LONDON BULLION MARKET ASSOCIATION (LBMA) laku di seluruh dunia!




#3. Simpanan tiada had

Anda boleh menyimpan seberapa banyak yang anda mahu.
contoh: anda ingin menyimpan kuantiti i kilogram emas pada setiap bulan, itu terpulang dengan anda kerana akaun GAP tiada had limit!




#4. Tiada yuran keahlian , tiada expiry date, simpanan percuma seumur hidup

Akaun emas GAP tiada tamat tempoh, tiada yuran dikenakan untuk buka akaun GAP, anda dapat penjimatan tempat penyimpanan emas dengan ini sekaligus memaksimakan keuntungan menyimpan emas anda!

#5. Boleh tambah emas bila-bila masa

Anda boleh menambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. anda nak simpan 1 gram setiap minggu, bulan atau dua bulan sekali? terpulang kepada kemampuan anda. 
Tiada syarat wajib mesti beli pada setiap bulan.


#6. Emas boleh dikeluarkan bila-bila masa

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal LBMA berketulenan 999.9 dengan minima emas fizikal 1gram di 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had. 
paling penting anda ada baki minima 1 gram dalam akaun GAP.


#7. 'Joint account' bersama anak-anak

Anda boleh menabung emas fizikal untuk anak-anak seawal usia 7 hari. asalkan mempunyai mykid, alamat email dan salinan I/c ibu bapa.
hanya anak-anak di bawah usia 18 tahun sahaja boleh 'joint account' bersama ibubapa.




#8. Urusniaga 24 jam, 365 hari setahun

Anda boleh membuat penambahan emas 24 jam dan 365 hari setahun! kelebihan ini membolehkan anda beli secara online dan jual semula sengan online.





#9. Pegangan baki minima hanya 1 gram

Bagi mengekalkan akaun emas GAP anda aktif, anda hanya perlu tinggalkan baki 1 gram sahaja.
jika anda mengeluarkan semua emas dari akaun GAP dan hendak membuat pengaktifan semula, Public Gold akan mengenakan caj penalti RM50.


#10. Boleh pilih sama ada jongkong emas atau dinar emas

Dengan akaun GAP, anda boleh pilih samada mengeluarkan gram emas yang anda simpan dalam bentuk jongkong atau dinar emas








Authorized Dealer Public Gold Anda,

FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730

Monday, October 9, 2017

PUBLIC GOLD MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH

Public Gold telahpun mendapat sijil pengesahan patuh syariah jual beli emas daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd pada 16 Januari 2017 . 

Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah

  • Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase) 
  • Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase-EPP)
  • Jualan balik (Buy Back)
Sijil Patuh Syariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Penjelasan Kepatuhan Shariah

Bagi pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;
“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”
Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730

Sunday, October 8, 2017

PRODUK PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH


Tahun 2017 adalah permulaan baik apabila tiga produk Public Gold telah mendapat pensijilan patuh syariah untuk pembelian dengan kaedah seperti dinyatakan di bawah;
·                     Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase) 
·                     Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase-EPP)
·                     Jualan balik (Buy Back)

Syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara 'LANI' (on the spot) ketika urusan AKAD berlaku. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

Belian Biasa Dengan Bayaran Penuh
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Belian Biasa Dengan Bayaran Secara Berperingkat
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas

Jualan Balik
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.


(Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]


HP: 012-9675730

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...