Followers

Showing posts with label EPP. Show all posts
Showing posts with label EPP. Show all posts

Monday, October 9, 2017

PUBLIC GOLD MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH

Public Gold telahpun mendapat sijil pengesahan patuh syariah jual beli emas daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd pada 16 Januari 2017 . 

Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah

  • Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase) 
  • Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase-EPP)
  • Jualan balik (Buy Back)
Sijil Patuh Syariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Penjelasan Kepatuhan Shariah

Bagi pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;
“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”
Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730

Sunday, October 8, 2017

PRODUK PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH


Tahun 2017 adalah permulaan baik apabila tiga produk Public Gold telah mendapat pensijilan patuh syariah untuk pembelian dengan kaedah seperti dinyatakan di bawah;
·                     Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase) 
·                     Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase-EPP)
·                     Jualan balik (Buy Back)

Syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara 'LANI' (on the spot) ketika urusan AKAD berlaku. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

Belian Biasa Dengan Bayaran Penuh
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Belian Biasa Dengan Bayaran Secara Berperingkat
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas

Jualan Balik
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.


(Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]


HP: 012-9675730

Beli dinar emas Public Gold secara ansuran dengan Easy Payment Purchase (EPP)


1 dinar emas LBMA 4.25gram Public Gold

Ringkasan Easy Payment Purchase(EPP)
+ Belian RM500 dan ke atas sahaja layak untuk kaedah EPP.
+ Caj Admin sebanyak RM1/gm dari jumlah keseluruhan pembelian (minimum RM5). Caj ini sekali sahaja dikenakan.
+ Harga emas dikunci ketika pembelian dan kekal bayar selama 4 bulan tanpa dipengaruhi harga emas semasa naik atau turun dalam tempoh ansuran.
+ Pelanggan boleh ambil emas dicawangan selepas semua pembayaran langsai.
Sebagai contoh saya nak beli 1 Dinar emas Public Gold berharga RM800 sekeping. Saya mempunyai peruntukan bajet RM200 untuk beli emas setiap bulan. Saya boleh memilih membeli emas berharga 1 gram sebulan dengan Gold Accumulation Program  menggunakan duit RM200 tersebut atau dengan cara ansuran EPP jika dibahagikan bayaran didalam linkungan bajet diperuntukkan setiap bulan.
Keuntungannya kepada saya boleh membeli emas didalam lingkungan bajet yang sama setiap bulan dengan cara ansuran EPP tidak dipengaruhi perubahan harga emas semasa dalam tempoh ansuran.
Contoh pengiraan kasar belian harga 1 dinar emas:
Harga 1 dinar RM800 sekeping dengan bayaran ansuran Easy Payment Purchase(EPP) x 4 bulan.
RM200 sebulan x 4 bulan = 1 dinar emas RM800(tidak termasuk kos pengurusan)
Selain itu jika ada trend harga emas menaik saya sudah kunci harga semasa pembelian jadi saya masih lagi menikmati harga yang dikunci tanpa dipengaruhi kenaikan trend harga emas semasa menaik. Saya masih membayar secara ansuran mengikut harga emas semasa yang telah dikunci.
Sebagai pembeli dan penyimpan emas anda perlu bijak 'grab' peluang untuk mendapatkan harga emas yang berbaloi dengan cara pembelian Easy Payment Purchase(EPP).
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730


BELI EMAS PUBLIC GOLD SECARA BAYARAN ANSURAN (SYARIAH EASY PAYMENT)

Pertama sekali untuk pembelian emas Public Gold terdapat dua cara, iaitu;
  1. cash & carry- bayar secara tunai dan terus dapat emas.
  2. easy payment purchase (EPP)-bayar secara ansuran, jelaskan jumlah bayaran kemudian baru dapat emas.

Easy Payment Purchase (EPP)
Di bawah ini saya terangkan secara ringkas tentang EPP.

Public Gold menyediakan cara pembayaran yang lebih fleksibel kepada mereka yang ingin membeli emas. Iaitu dengan memperkenalkan cara pembayaran ‘Easy Payment Purchase (EPP)’ atau dalam bahasa mudahnya pembayaran secara ansuran.
EPP memberi kemudahan kepada anda yang ingin membuat pembelian emas tetapi membuat pembayaran secara ansuran. Menariknya ialah, ansuran ini dibayar dalam tempoh 4 kali / 4 bulan.
Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan EPP ini:
  • Anda akan dikenakan ‘Admin Fee’ sebanyak 0.5% dari jumlah keseluruhan pembelian (minimum RM5). Admin Fee hanya akan di caj sekali sahaja bagi setiap pembelian.
  • Pelanggan akan dapat emas mereka hanya selepas semua pembayaran telah diselesaikan.
  • Harga emas adalah ketika anda kunci (lock) pada awal-awal tempahan. Harga yang perlu anda bayar ini akan kekal sehingga habis tempoh 4 bulan walaupun dalam tempoh tersebut ada turun naik harga emas.
  • Belian minima RM500 sahaja layak menggunakan kaedah EPP.
EPP merupakan satu kemudahan untuk mendapatkan emas idaman. EPP pun sudah dapat Patuh Syariah tidak perlu runsing lagi. 
Selamat menyimpan emas~

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730
Antara Item yang boleh dimiliki dengan pembelian secara EPP (1 dinar, 10 gm)


PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...