Tahun 2017 adalah permulaan baik apabila tiga produk Public Gold telah mendapat pensijilan patuh syariah untuk pembelian dengan kaedah seperti dinyatakan di bawah;
·
Belian biasa dengan
bayaran penuh (Outright Purchase)
·
Belian biasa dengan
bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase-EPP)
·
Jualan balik (Buy
Back)
Syarat asas bagi
urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara 'LANI' (on
the spot) ketika urusan AKAD berlaku. Sebarang penangguhan salah satu
daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya
untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur
penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila
dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan
sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang
khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung
kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat
sesuatu urusniaga itu dijalankan.
Belian Biasa Dengan Bayaran Penuh
Proses utama dalam
produk ini ialah :
1. Kunci harga
: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk
membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran
: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit
keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap
urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah
berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya
hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan
dalam jual beli emas.
Belian Biasa Dengan Bayaran Secara Berperingkat
Proses utama dalam
produk ini ialah :
1. Kunci harga :
Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas
tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran
secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas
kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan
(security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga
tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil
apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual
beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya
sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam
jual beli emas
Jualan Balik
Proses utama dalam
produk ini ialah :
1. Kunci harga :
Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas
tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan
emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan
deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan
komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran
melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual
beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar
deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual
beli emas.
(Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri)
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Authorized Dealer Public Gold Anda,
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
[PG00104628]
HP: 012-9675730
