Followers

Sunday, May 7, 2017

Memperkenalkan Authorized Public Gold Dealer Anda!



Assalamualaikum. Hai semua!

SIAPA SAYA?

  • SAYA FATIMAH BINTI ABDUL RAZAK ATAU DENGAN NAMA SINGKATAN FATIN.
  • SAYA MERUPAKAN AUTHORIZED DEALER PUBLIC GOLD YANG SAH
  • NO PENDAFTARAN PUBLIC GOLD PG00104628
  • NO TEL: 012-9675730
  • FACEBOOK:Fatin AR

Saya mula berkecimpung dalam dunia emas melalui online dan offline sejak tahun 2015.
Minat saya dalam dunia emas apabila memulakan langkah pertama sebagai seorang penyimpan emas pada tahun 2015 dan kemudian memulakan perniagaan dengan Public Gold International Berhad.

Syukur, saya telah berjaya melayakkan diri menjadi salah seorang Authorized Dealer Public Gold pada May 2017.
FATIN @FATIMAH ABDUL RAZAK
Authorized Dealer Public Gold
[PG00104628]
HP: 012-9675730
Dato Wira Louis Ng & Datin Wira Yvonne @ Public Gold HQ, Penang


Tuesday, November 15, 2016

347: Irizz @ Atfal 2016



Alhamdulillah, 
In the name Of Allah, the most gracious the most merciful

iriz berjaya melengkapkan sesi pra sekolahnya di Atfal Kids.

ahad lepas, hari convo nya.

& here FM just nak recapture those pics & moments Irizz 
since hari pertama hingga konvo. 

Irizz - minggu orientasi







atfal sports day!

qiyammullail

raya aidilfitri

field trip to petrosains KLCC
assembly


raye lagi

rehearsal for Ihtifal

class photo




congrats Iriz, 
Spread your wing and fly!  fly high my dear
semoga Iriz menjadi anak yang solehah, 
anak yang berguna dunia & akhirat
love,
mama


                                    ♥ CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, March 23, 2012

287.FROM ZERO TO TWO



12 beautiful months...the first year




...and she's entering her second year



...3 months to go
for her second birthday



likely, every month pun mama sambut birthday kamu, irizz..
to me, every 28th is yours~

3 more months to go...
dear mommies out thr.. ada tips yang sesuai untuk 'putuskan' anak dari menyusu badan?




CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, February 28, 2012

268.genap 20 purnama







"nur irizz fareesha, 
belum ada satu haripun yang mama berjauhan darimu, nak.
...mama tak boleh bayangkan bagaimana nanti apabila mama kembali bekerja.
mama pasti rindu kamu.. 

ya allah, berikanlah hamba mu ini kekuatan untuk menghadapi saat itu nanti..amin" 
lots of ♥  ~ mama~ 





*****



p/s: irizz kini genap 20 bulan. 1 tahun 8 bulan
semakin bijak. semakin cergas dan cerdas
rajin dan riang orangnya. pengubat duka lara. penghibur dan peneman setia

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, November 28, 2011

'built in' gadget





manusia kini mengimpikan gadgets hebat, terbaru dan 'coolest' di pasaran.
gadgets seperti komputer, telefon dan lain-lain. selain fungsi yang pelbagai, ciri-ciri lain yang diambil kira adalah kemampuannya untuk menyimpan memori.

...sedar atau tidak, kita telah dianugerahkan oleh ALLAH satu ciptaan yang tidak perlu di'renew' mahupun di'upgrade' seperti 'software' komputer.

...yang mampu menyimpan memori 30 hingga 70 trilliun giga melebihi memori komputer canggih dan berkemampuan 10,000 x lebih dari kemampuan komputer.
ia hanya perlu digunakan dengan bijak. bahkan kemampuan ia digunakan dengan cara yang betul dapat melahirkan manusia yang genius!



pembaca semua,
 ...'built in' gadget yang ALLAH kurniakan kepada manusia...'

otak kiri..otak kanan...saling lengkap melengkapi...[google]

 otak kanan
bentuk/gambar
warna
imaginasi
manipulasi
muzik/irama
subjektif
tersirat
kreativiti
konseptual
inovasi
kecenderungan global

otak kiri
bahasa
nombor/matematik
logik
urutan/linear
analisis
lirik
objektif
tersurat
membaca
menulis
sistematik
kecenderungan analitik


Secara purata, manusia menggunakan kedua-dua belah otak dalam rutin harian.
Namun begitu, untuk mengoptimumkan kemampuan diri dan kualiti kehidupan yang lebih baik, adalah penting untuk menyeimbangkan kedua-dua otak kiri dan kanan.

Bahkan, apabila kedua-dua belah otak digunakan secara optima, kemampuan dan kekuatan fungsi otak akan meningkat dan ini dipanggil ‘whole brain’ atau penggunaan otak yang lebih menyeluruh.


'lagu itu adalah irama [otak kanan] dan lirik [otak kiri]
...dengan irama lirik menjadi lagu....
paduan otak kiri dan kanan lah yang menghasilkan lagu!' 
-nobody, it just ME!


Tuesday, November 22, 2011

those old gadgets...

.


setiap orang ada gadgets masing-masing,
(dalam n3 ni gadget refers to telephones)
ada yang kategori up-to-date ajer gadget yang digunakan,
pantang keluar fon baru dipasaran, tukar baru..  : )
ada juga yang tak kisah, asal boleh telefon.. yang ikat dgn getah pun ada..
macam-macam ragam when it comes to phones ni...
 dalam dunia sekarang memang penuh lah dengan latest gadgets ..
iphones, dan macam-macam lagi..
tapi fm bukanlah nak update pasal gadget yang sentiasa updated tu..
ni fm nak story pasal sepuluh tahun dulu punya gadget..
in my case lah...

.
.
.

telefon pertama FM, beli sewaktu di main camp,
FM ingat lagi, FM beli sim card dulu, baru cari phone..
fon basic jer, asal leh tepon kan..?


#1.
NOKIA 3310

....kemudian fon tu FM jual kepada kakak FM, 
FM amik nokia model baru sikit, iaitu fon di bawah ni,
(special masa tuh, leh pakai kat tangan macam jam)

#2.
NOKIA 5210 

...tak lama selepas tuh, trend telefon flip..
FM beli lagi satu fon, tapi secondhand..

#3.
SAMSUNG SGH series

...sebab fon flip tu second hand, banyak pula ragamnya,
keypad dia ada yang tidak berfungsi,
jadi FM beli telefon flip jugak tapi yang baru, hehee...

#4.
SAMSUNG E-1310

...kemudian, FM minat dengan telefon slide pula,
jadi fon ni FM kasik kat abah FM...
FM beli telefon di bawah ni, 

#5.
SAMSUNG SGH-M620

...kemudian telefon ni pun rosak selepas setahun digunakan,
(band dia rosak, FM sayang fon nih, hantar jugak repair)
dan disebabkan fon di atas selalu meragam, fon baru pun dibeli 
phone walkman..


#6.
SONY ERICSSON W595

...itulah antara gadgets yang banyak berjasa kepada FM..
walaupun 'mereka' dah tidak digunakan lagi, tapi FM masih menyimpannya...
sayang nak dibuang...
...tanpa yang lama tiada yang baru!
tak gitu?

 kalian pula bagaimana..?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, October 1, 2011

CERITA DALAM SKETCH 2:


LAKE GARDEN TAIPING

sketch ku ini usia nya lebih10 tahun.
...lama kan?

aku buat sketch ni masa zaman matrikulasi dulu..
sebelum masuk main campus, buat sketch adalah wajib, tahu..
dalam architecture course ada satu subjek
subjek itu dinamakan 'graphic communication'
antara task nya kena ada buku sketch, yang di dalamnya perlu ada sketch ya..
setiap student kena hasilkan 2 sketches setiap minggu.

ini adalah taman tasik taiping suatu ketika dulu..
mase ni tiang-tiang puteh itu masih tiada pokok yang memanjat..
masih puteh..
sangat bold apabila berdiri di kelilingi kehijauan alam..
..sangat menenangkan berjalan di situ petang2..
dulu aku selalu brisk walk di lake garden nih

makanya,
untuk memenuhi tugas subjek graphic com itu tadi,
aku sketch apa yang menarik di mata aku..
dekat di mata, dekat di hati..
taiping lah tempat aku dibesarkan..

dah lama juge aku tak ke sana..
sejak2 berhijrah ke negeri orang nih
nway, nak tengok the same spot yang aku sketch tu masa kini?



picture credited to davidnikon.fotopages.com 


...lain kan?

tiang puteh itu tidak puteh seputeh dulu..
pokok memanjat yang dulu kenit sudah besar adanya..
dulu di train untuk memanjat.
kini sudah pandai berjuntai pula..

begitulah kan..
perubahan dalam masa.


begitulah ceritanya di sebalik sketch  part 2 aku ni..
aku akan publish lagi koleksi aku yang lain-lain..
pada hari yang sama.. minggu berikutnya.


~sekian~

CINTA


Wednesday, September 28, 2011

CERITA DALAM SKETCH 1 :

KAED, UIAM 
kulliyyah of architecture & environmental design


setiap kali dalam perjalanan
balik ke kuantan dari kl,
ada satu view yg tak boleh tak tengok.
untuk aku lah.. hee~
lepas tol gombak, 
toleh ke kiri eh silap, kanan, pasti nampak
bangunan ini.
kulliyyah architecture & environmental design
@ lebih fofular dgn singkatan
KAED.

melihatkan view tersebut,
mengingatkan aku zaman belajar dulu. mm..
tak der la dulu sangat.
rase mcm baru grad ajer..
~heee~
~sekian~
agak ringkas entri ini kan?


CINTA


Monday, October 25, 2010

61.nama nya nur irizz fareesha

 'iris-flower of the rainbow'
 '...life is like a rainbow. the rainbow that appears in the sky, when the sun shines onto droplets of moisture in the earth's atmosphere.. with the light, flowers like iris blooms colorfully just like a rainbow!


i love to share about my little princess' name.The name nur-iris-farisya, 
which i spell as Nur Irizz Fareesha

nur literally means light, an arabic word.
Iris pronounced as eye-riss. a greek origin means rainbow. Iris also name of a flower.
farisya carries meanings; yang alim, ahli firasat. 


japanese iris

p/s: ada yg tya makna nama, esp kat irizz tuh..

CINTA


Thursday, July 22, 2010

47.THE ANNOUNCEMENT



I AM VERY GLAD TO MAKE AN ANNOUNCEMENT.


Introducing our lil princess, given name Nur Irizz Fareesha Mohd Irwan..


Alhamdulillah, thank God, syukur kepada Allah... aku selamat melahirkan cahayamata yang pertama, pengikat kasih aku dan suamiku... Nur Irizz Fareesha..


Dilahirkan di subuh hari..6.14 pagi, 28 Jun 2010..seberat 3.77kg..


Semoga dengan kelahiran ini mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan mama & walid..
memiliki cahayamata ..Nur Irizz Fareesha

CINTA

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...